Sabtu, 03 Mei 2014

Menegakkan Seekor Cacing

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh.

Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."

Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak.

Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200.

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.

Cari Tiga Ayat Inggris

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!"

Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok TV cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok TV, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
 
Budak: "Yes, teacher."
 
Cikgu: "Good, what is your first word?"
 
Budak: "Shut up you !!!"
 
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?"
 
Budak: "Superman!!"
 
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!!"
 
Budak: "Ladies First.."

Melintas Tunggu Kereta Lalu Dulu

Rahman dan Fajri, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Rahman.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong", pujuk Fajri pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata, "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi, Rahman dan Fajri hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue...

Gigi Atok Tinggal Dua Batang

Gigi Atok Tinggal Dua Batang - ada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya.

Ani: "Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja?"

Atok: "Ani, atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia."
 
Ani: "Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye.."
 
Atok: "Kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu?"
 
Ani: "Saje je, tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok."
 
Atok: "Kenapa pulak Ani cakap macam tu?"
 
Ani: "Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la."
 
Atok: (dalam hati) "Alahai cucu atok.."

Cita - Cita Pelajar Tadika

Cita - Cita Pelajar Tadika - Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya."

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel."

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya..."

Sudah Besar Nak Jadi Apa

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang...

Lina: "Ko dah besar nak jadi apa?"

Ah chong: "Saya da besa nak jadik Superman woo.."

Lina: "Saya dah besar nanti jadik supergirl.."

Ahmad: (Sambil korek idung) "Saya nak jadi supermarket... macam-macam ada..."